Program ini menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta merealisasikan Aspirasi Pelajar dalam PPPM. Pelibatan pelajar dan guru dalam program ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk meneroka pengetahuan baharu khususnya mata pelajaran Sejarah. P&P Sejarah menjadi lebih menarik melalui pengalaman pembelajaran secara langsung, in situ dan berinteraksi dengan koleksi bahan sejarah yang nyata dan sahih.
Mata pelajaran Sejarah dilihat sebagai pemacu ke arah persefahaman dan penerimaan terhadap teras kenegaraan. Mata pelajaran ini penting bagi melahirkan dan membentuk jati diri rakyat yang patriotik, taat setia dan cinta akan negara. Pelaksanaan Program IPIM juga menyokong dasar Wajib Lulus Sejarah dalam SPM yang bermula pada tahun 2013.