Skip to main content

FAQ

Apa itu IPIM?

IPIM merupakan satu program pendidikan muzium berstruktur yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program IPIM menggalakkan setiap murid melawat sekurang-kurangnya sebuah muzium pada satu tahap persekolahan

Mengapa saya perlu menyertai program ini?

IPIM = PENDIDIKAN FORMAL (SEKOLAH/IPG) + PENDIDIKAN TIDAK FORMAL MUZIUM (menggunakan artifak)

  1. Memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar berasaskan pendekatan “pembelajaran menerusi artifak”.
  2. Kaedah pembelajaran menerusi artifak atau communicating through objects menekankan konsep artifak sebagai suatu objek yang bukan sahaja boleh dilihat tetapi juga boleh dipegang atau disentuh untuk tujuan pembelajaran.
  3. Kesan pembelajaran dan pemahaman terhadap sesebuah topik akan bertahan lama apabila menggunakan medium replika.

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Permohonan boleh melalui dua cara iaitu online dan manual.  Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memilih kaedah permohonan

Siapakah yang boleh memohon untuk menyertai program ini sama ada secara online atau manual?

Guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah

Berapa bayaran untuk menyertai program ini?

Untuk menyertai program ini tidak dikenakan sebarang bayaran, walau bagaimanapun terdapat muzium yang mengenakan bayaran masuk ke premis mereka.  Para guru dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak  muzium yang terlibat.

Saya tiada talian internet, bagaimana saya hendak memohon?

Bagi yang tiada talian internet, para guru boleh memohon secara manual iaitu permohonan secara bertulis sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh program ke muzium yang berkenaan.

Berapa ramai pelajar yang boleh menyertai dalam satu-satu sesi?

40 orang

Tempoh untuk pembatalan penyertaan

Sekiranya pihak sekolah terpaksa membatalkan penyertaan ke program yang telah dipersetujui, surat makluman perlu dikemukan kepada pihak muzium sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hari bekerja

Apakah implikasi sekiranya saya gagal mengemukan notis pembatalan?

Sekiranya gagal untuk mengemukakan notis pembatalan, sekolah TIDAK DIBENARKAN memohon dlm tempoh tertentu (tidak melebihi 6 bulan)

Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan permohonan?

Pihak muzium akan menghubungi terus sekolah yang berjaya

Adakah pihak muzium menyediakan sebarang bantuan kewangan?

Tiada peruntukan kewangan disediakan.  Segala perbelanjaan perjalanan guru dan pelajar ke muzium adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing

Siapa yang saya boleh hubungi?

Guru boleh berhubung dengan pegawai seperti yang tertera di dalam portal IPIM (permohonan online) atau surat edaran bagi permohonan secara manual

Adakah muzium menyediakan makan minum dan peralatan untuk pelajar?

Pihak muzium HANYA menyediakan keperluan peralatan pendidikan muzium sahaja sepanjang pelajar dan guru berada di muzium

Bagaimana etika berpakaian?

Pakaian seragam sekolah atau pakaian sukan

Adakah IPIM melibatkan mata pelajaran lain selain daripada Sejarah?

Program IPIM digerakkan menerusi dua fasa utama.