Skip to main content

Terma & Syarat

TATACARA PELAKSANAAN

1.         Polisi Permohonan

1.1       Setiap permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 bulan dari tarikh sesi pelaksanaan;

1.2       Bulan permohonan untuk program IPIM hanya pada bulan November sehingga Ogos sahaja;

1.3       Program IPIM hanya dilaksanakan pada hari persekolahan mengikut kalendar akademik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tiada program IPIM dijalankan pada hari cuti persekolahan, kelepasan am dan cuti umum; dan

1.4       Program IPIM ditawarkan untuk mata pelajaran Sejarah sahaja. (2016-2018). Bilangan penyertaan selepas 2018, program ini akan dibuka untuk matapelajaran Sejarah dan teras akademik yang lain. Program IPIM terbuka kepada pelajar tahun 4-6 dan tingkatan 1-6.

2.         Polisi Pembatalan

2.1       Pihak sekolah hendaklah memaklumkan sebarang pembatalan sesi kepada pihak muzium sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari bekerja.  Kegagalan berbuat demikian akan menyebabka sekolah tuan/puan disenaraihitamkan dalam satu tempoh tertentu (tidak melebihi 6 bulan);

2.2       Sekiranya sesi terpaksa dibatalkan, pihak muzium akan memaklumkan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh sesi; dan

2.3       Pihak muzium tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian perjalanan yang terpaksa ditanggung oleh pihak IPG/sekolah.