Skip to main content

Utama

  • Memupuk minat dan mencintai sejarah khazanah negara dalam kalangan pelajar,
    guru dan siswa pendidik melalui pembelajaran di institusi muzium
  • Menjadikan institusi muzium sebagai sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (p&p)
    yang mantap dalam usaha peningkatan kemenjadian pelajar
  • Mencungkil bakat pelajar, guru dan siswa pendidik yang kreatif, inovatif dan produktif
    serta mempraktikkannya sejajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi

Definisi Muzium

“Majlis Muzium Antarabangsa mendefinisikan muzium sebagai sebuah institusi yang bersifat tetap, tidak membuat keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat, terbuka untuk umum, memperoleh, merawat, menyelidik dan mempamer warisan ketara dan tidak ketara dari bukti kewujudan manusia dan persekitarannya untuk tujuan pendidikan, pembelajaran dan hiburan”. (ICOM, 2007)

Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium

Memupuk minat dan mencintai sejarah khazanah negara 

Menjadikan institusi muzium sebagai sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang mantap dalam usaha peningkatan kemenjadian pelajar

Program ini menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pelibatan pelajar dan guru dalam program ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk meneroka pengetahuan baharu khususnya mata pelajaran Sejarah. 

Sekurang-kurangnya sebuah muzium pada satu tahap persekolahan

Program pembangunan sahsiah pelajar dan guru di sekolah yang menggalakkan setiap pelajar melawat muzium sekurang-kurangnya sebuah muzium pada satu tahap persekolahan

Program ini akan diperluas dalam rangka strategi jangka panjang

Program ini akan diperluas lagi dengan melibatkan mata pelajaran teras akademik yang lain bagi meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran teras akademik tersebut

Video Pengenalan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM)

Apa itu IPIM?

Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) merupakan satu program pendidikan muzium berstruktur yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) agensi  di  bawah  Kementerian  Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Paparan foto aktiviti-aktiviti terkini berkaitan IPIM 

Paparan Video aktiviti-aktiviti terkini berkaitan IPIM

45
Muzium IPIM
1298
Pemetaan Koleksi