Program IPIM adalah program pembangunan sahsiah pelajar dan guru di sekolah yang menggalakkan setiap pelajar dari Tahun 4 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah melawat muzium sekurang-kurangnya sebuah muzium pada satu tahap persekolahan. Tempoh masa program dijalankan adalah pada bulan Februari hingga Ogos setiap tahun.
Program ini juga menggalakkan setiap siswa pendidik di IPG dan IPTA melawat dan menjalankan kegiatan sekurang-kurangnya satu buah muzium dalam tempoh sesi pengajian yang dikendalikan secara terancang dan sistematik.