Skip to main content

Video Pengukuhan IPIM

Lukisan Gua di Malaysia

Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong

 

Video Pengukuhan Program IPIM

 

Video Pengukuhan yang dihasilkan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) ini adalah sebagai bahan sokongan dalam proses pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Video pengukuhan ini boleh  digunakan oleh guru-guru sebagai salah satu alat bantuan mengajar dan sekaligus sebagai nilai tambah kepada topik-topik yang ada dalam buku teks.  Penggunaan video pengukuhan ini juga mampu membimbing pelajar melaksanakan aktiviti secara praktikal yang secara tidak langsung meransang minat dan menambah kefahaman yang lebih mendalam terhadap topik yang dipelajari. Penggunaan video ini juga mampu memberikan pengalaman baru kepada para pelajar dalam mempelajari sesuatu topik terutamanya yang tidak terdapat dalam buku teks.