Memupuk minat dan mencintai sejarah khazanah negara dalam kalangan pelajar, guru dan siswa pendidik melalui pembelajaran di institusi muzium;
Menjadikan institusi muzium sebagai sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mantap dalam usaha peningkatan kemenjadian pelajar;
Mencungkil bakat pelajar, guru dan siswa pendidik yang kreatif, inovatif dan produktif serta mempraktikkannya sejajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi;
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni pelajar, guru dan siswa pendidik;